Thursday, June 30, 2011

20 SEN




Ismail - “Eh, ni kotak pensel baru kau ke? Mana yang sebelum ni punya?”

Yana - “Mak aku baru belikan untuk aku. Kan kertas ujian Bahasa Melayu aku dapat A, mak aku janji nak belikan hadiah untuk aku. Aku tak tau nak minta apa, jadi masa pergi beli-belah, aku nampak kotak pensel ni. Aku suka sangat, jadi aku minta mak aku belikan.”

Boy - “Isy, apalah kau ni, mana boleh macam tu. Sepatutnya kau kena minta upah... Ni ha, penat kau kayuh basikal dari rumah kau datang kedai mak aku beli barang lepas tu bawa balik barang berat-berat, sepatutnya kau dapat upah tau.”

Patutkah Ismail meminta upah daripada kedua ibu bapanya seandainya mereka perlukan bantuannya sepertimana yang dilakukan Yana dan Boy? Tapi apa pula kesan kepadanya nanti? Mahu tahu jawapannya? 20 sen dulu

ISBN: 978-967-365-047-7
Sem Malaysia: RM10.90
Sabah / Sarawak : RM13.90

Tuesday, November 16, 2010

Nana Nini Nunu


“Nama kau apa?” sergah satu suara membuatkan gadis berwajah halus bertudung litup itu tersentak.
Dengan rasa takut dia menjawab, “Aleya."
“Bagus, mulai sekarang nama kau Nunu. Aku Nana dan yang ni Nini.”
“Tapi..."
“Peraturan pertama, aku tak suka orang bantah apa yang aku cakap,” potong Nana sambil merenung Nunu.

Kematian kedua ibu bapa memaksa mereka tinggal di Rumah Anak Yatim Prajurit. Di situ mereka mula berkenalan dan rapat. Apa sahaja dilakukan bersama. Tapi satu hari akibat kedegilan mereka, mereka dihukum.

Nana, Nini dan Nunu semakin membenci Bonda. Tak kurang juga Geng Alif Ba Ta yang sengaja mengacau mereka. Akhirnya Encik Samad, pengetua Rumah Anak Yatim Prajurit mengambil keputusan memisahkan mereka.

Dapatkah mereka dipisahkan dan bagaimana pula hubungan Nana, Nini dan Nunu dengan Bonda?

ISBN:978-967-365-020-0
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Wednesday, December 23, 2009

Detektif Cun - Pembongkaran Kes Penculikan Akhil

Detektif Cun



Rumah, jeritan, perempuan 20-an. Hmm... Seperti ada sesuatu yang tak kena saja. Tapi apa yang tak kena?

Setelah disiasat, ternyata memang benar ada misteri yang tersimpan di dalam rumah itu. Nek Yam, wanita tua yang didera oleh pembantu rumahnya, Maria. Nurin sedikit terkilan kerana masyarakat lebih sedar penganiayaan terhadap kanak-kanak berbanding warga emas. Oleh itu, Nurin bertekad mahu membawanya ke muka pengadilan. Tapi sesuatu yang tak terduga sudah berlaku.

Kenapa Maria mati dibunuh? Apa sebenarnya yang telah berlaku dan benarkah Nek Yam yang membunuh Maria? Ingin tahu jawapannya, jom sama-sama kita menyiasat kes ini.

Kasih ibu sampai ke syurga. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai nyawanya walaupun anaknya itu sudah besar. Tapi bagaimana pula kasih anak pada ibunya?

ISBN 978-983-3316-76-2
Sem. Malaysia RM10.90
Sabah/Sarawak RM13.90